Assalamu'alaikum w.b.t
![]() |
| Jangan tidur waktu bersahur! (gambar : sumber Google) |
Antara sunnah berpuasa ialah bersahur. Bersahur itu sendiri membawa kita bangkit daripada tidur pada waktu doa dimustajabkan
dan keampunan diberikan. Nabi s.a.w bersabda:
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Keberkatan merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Ia melebihi nilai kebendaan dan duniawi. Allah Maha Pemberi dengan cara yang dikehendakiNya.
Amalan bersahur yang menepati amalan Nabi s.a.w adalah melewatkan waktu bersahur. Masuknya waktu subuh adalah petanda imsak (bermulanya puasa) yang sebenar. Kata Zaid bin Thabit:
“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Tamar merupakan pilihan yang baik untuk bersahur. Ini kerana ia membekalkan tenaga yang diperlukan ketika berpuasa. Jika tiada tamar, makanlah apa sahaja yang boleh membekalkan tenaga pada badan untuk berpuasa.
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”.
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
JOM BERSAHUR!

No comments:
Post a Comment